TEMPOH MEMPERBAHARUI DAN MEMOHON LESEN BAGI BAS PERSIARAN DAN KERETA SEWA DAN PANDU OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
Merujuk kepada perkara di atas, Kementerian Pelancongan Malaysia telah memaklumkan kepada pihak MATTA bahawa pihak kementerian akan menerima permohonan bagi memperbaharui dan memohon lesen baharu bagi bas persiaran dan kereta sewa dan pandu sehingga 30hb Ogos 2010. Hal ini kerana, selepas dari tarikh tersebut semua urusan permohonan lesen baharu dan memperbaharuinya akan diambil alih oleh pihak SPAD.
Oleh yang demikian, MATTA ingin menasihati semua ahli yang ingin memperbaharui lesen dan memohon lesen baharu agar berbuat demikian sebelum tarikh yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat maklumat-maklumat terkini mengenai perkara ini. MATTA akan memaklumkan kepada semua ahli.
Sekian.
Harap maklum.
JAYA KUMAR A/L S. SINNADURAI
NAIB PRESIDEN - BAHAGIAN PENGANGKUTAN