Trend melancong: Tanda ekonomi baik

KUALA LUMPUR: Dalam beberapa tahun ini, kecenderungan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara meningkat dengan ketara – daripada hanya berhasrat untuk mengunjungi Langkawi kini, kepada memburu melihat Northern Lights di Ireland. Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.