Kok Liang dipilih semula sebagai Presiden MATTA

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) melantik semula Datuk Tan Kok Liang sebagai Presiden bagi penggal kedua berturut-turut, 2019-2021.​

Dalam kenyataan semalam, MATTA berkata Tan dari Borneo Trails Tour & Travel Sdn Bhd, mahu meneruskan usahanya dalam mewujudkan lebih banyak peluang dan berusaha untuk mendapatkan situasi perniagaan dan kawal aturan yang lebih baik.

"Ini akan melibatkan usaha untuk memanfaatkan teknologi bagi membantu ahli mengekalkan kelebihan saingan dalam persekitaran perniagaan yang pesat berubah", katanya. -BERNAMA