Beri kemasukan tanpa visa kepada pelancong China dan India: MATTA

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan untuk memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong China and India untuk meningkatkan pelancongan Malaysia.

Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata ketibaan pengunjung ke Malaysia merosot sebanyak tiga peratus kepada25.95 juta pada 2017 berbanding 26.76 juta pada 2016, walaupun ketibaan pelancong positif di seluruh ASEAN pada 2017.

"Industri pelancongan Malaysia ketinggalan di belakang negara-negara jiran seperti Thailand yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.8 peratus, Singapura (6.2 peratus) dan Filipina (11 peratus)," katanya dalam kenyataan semalam.

Tan berkata Malaysia boleh meningkat dan menjadi destinasi percutian pelancong jika kerajaan memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong terutamanya dari China dan India.