MATTA harap Bajet 2019 akan terus rangsang industri pelancongan

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2019 akan terus menawarkan pelbagai insentif dan dana untuk merangsang industri pelancongan. Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata, MATTA berharap kerajaan dapat mempertimbangkan insentif yang memberi manfaat cukai tanpa beban tambahan kepada Perbendaharaan seperti elaun modal yang dipercepatkan (ACA) untuk kenderaan pelancongan, pembangunan atau peningkatan laman web serta peralatan automasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).