Berhati-hati dengan pakej pelancongan murah: MATTA

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menasihati orang ramai agar berhati-hati terhadap "pakej pelancongan murah" yang ditawarkan oleh agensi pelancongan terutama menerusi dalam talian.

Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak ada perkara seperti 'makan tengah hari percuma', jadi pelanggan perlu mengamalkan sikap berhati-hati sebelum bersetuju dengan pakej pelancongan yang ditawarkan dalam talian seperti menerusi media sosial.