Sektor Pelancongan Terjejas: Presiden MATTA

PENUTUPAN operasi pusat hiburan tepat jam 1 pagi akan menjejaskan sektor pelancongan dan juga ekonomi negara.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, langkah itu seolah-olah memberi bayangan Malaysia sebagai negara yang tidak mesra pelancong.

Menurutnya, Kuala Lumpur tidak dihuni masyarakat tempatan sahaja sebaliknya menjadi destinasi pelancong asing yang mahu melihat keindahan ibu kota.