Lima penasihat dilantik bantu Kementerian: Liew

KOTA KINABALU: Lima ahll panel telah dilantik sebagai penasihat bukan eksekutif  kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk dua tahun akan datang berkuatkuasa pada Khamis. Mereka adalah Dato' Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood yang dilantik sebagai penasihat untuk Taman-Tarnan Sabah, Datuk Tan Kok Liang (Pelancongan), Tan Sri Wences Angang (Kebudayaan), Dr. Rahimatsah Amat (Alam Sekitar) dan Datuk Dr junaidi @ John Payne (Hidupan Liar).

Pelantikan mereka sebagai penasihat juga merupakan kali pertama dilaksanakan oleh Kementerian itu. Menyifatkan mereka sebagai kumpulan pemikir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata mereka berperanan membantu kerajaan.