MATTA Sedia Bekerjasama Dengan Kementerian Pelancongan Memperkasakan Pengendalian Pakej Umrah Negara

Kuala Lumpur, 18 Disember 2017 – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sedia bekerjasama dengan pihak kementerian bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang kian berleluasa disamping melindungi kebajikan ahli-ahlinya.

MATTA yang mempunyai lebih daripada 200 ahli agensi pelancongan dengan Lesen Khas Umrah (LKU) yang mengendalikan pakej umrah menyokong baik sebarang usaha dan inisiatif pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk penambahbaikkan serta memperkasakan pengendalian pakej umrah dalam negara.

Berikutan pembatalan IMAMS, MATTA menerima baik keputusan tersebut kerana menitikberatkan kebajikan bakal jemaah termasuk pengendali pakej umrah di dalam sebarang mekanisme baru.

MATTA turut menggesa pihak kerajaan untuk tidak meletakkan sebarang penambahan kos dalam pakej umrah yang mampu membebankan bakal jemaah dari segi kos perbelanjaan.

MATTA bersikap positif masalah penipuan pakej umrah dapat dibendung dengan adanya kerjasama berterusan daripada kesemua pihak terlibat termasuk pemain industri seperti MATTA.

SHAHRULNEZAM MOHD DAUD
Naib Presiden Umrah & Haji, MATTA
Sesi 2017 – 2019