KUALA LUMPUR - Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan Perdana Menteri sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari akan membantu meningkatkan pasaran pelancongan domestik negara.
Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Akil Mohd Yusof berkata pakej itu akan membantu hotel di seluruh negara yang berdepan penurunan kadar penginapan berikutan penularan Covid-19.
“Kami gembira kerana hampir semua perkara yang kami minta dan kemukakan diluluskan. Kami berharap ahli MATTA akan mengambil sepenuhnya peluang dana dan inisiatif (yang disediakan) untuk manfaat mereka,” katanya dalam sidang akhbar pada 28 Februari lalu. – BERNAMA