JANGAN DISKRIMINASI KAN INDUSTRI UMRAH – MATTA

Kuala Lumpur, 31 Disember 2021 – Persatuan Ejen – Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak membuat sebarang keputusan dengan tergesa-gesa tanpa memberitahu MATTA sebagai wakil industri yang diiktiraf oleh MOTAC dan persatuan yang paling lama di industri pelancongan.

MATTA memberitahu sebarang tindakkan atau kemungkinan dari pihak KKM bagi membendung penularan covid 19 terutamanya varian Omicron yang sekarang dikata kan menular dari jemaah Umrah harus diperketatkan SOP dari membuat sebarang tindakan yang bakal merugikan penggiat industri pelancongan termasuk agensi pelancongan dan Airline malah jemaah Umrah sendiri .

MATTA Naib Presiden Haji dan Umrah, Haji Azri berharap pihak KKM boleh berbincang untuk perketat semula Prosedur Operasi Standard (SOP). Di harap pihak berwajib memperketatkan SOP Umrah dan ianya haruslah diguna pakai kepada semua pengembara bukan sahaja kepada jemaah Umrah.

MATTA sebelum ini juga telah berbincang dengan pihak MOTAC berkenaan SOP pembukaan Umrah semula, dimana semua SOP yang sudah ditetapkan oleh MOTAC dan KKM telah dipatuhi oleh pihak Agensi pelancongan. SOP yang dipatuhi ini termasuklah perlaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi tempoh 72 jam sebelum berlepas dan 48 jam selepas pulang, Jemaah dikuarantinkan di Mekah sekiranya positif, perlaksanaan ujian saringan COVID-19 sekali lagi sewaktu tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), serta memohon jemaah umrah untuk melakukan pengasingan kendiri di rumah melalui aplikasi KKM. Segala langkah pencegahan telah dipatuhi oleh pihak agensi pelancongan.

Haji Azri berkata pihak agensi pelancongan menyokong pihak KKM jika terdapat keperluan booster vaksin untuk  jemaah umrah bagi melindungi diri dari dijangkiti. Pihak KKM harus memperkemaskan sistem di KLIA supaya jemaah tidak perlu menunggu masa yang lama di balai ketibaan lapangan terbang kerana semua data telah telah dikemaskini oleh semua jemaah sewaktu di tanah suci lagi.

Haji Azri juga menyuarakan pertanyaan mengapa Umrah menjadi sasaran sedangkan jumlah Omicron di United Kingdom jauh lebih banyak. Beliau juga merujuk kepada kenyataan dari Centre for Disease Control and Pervention (CDC), USA yang mengatakan bahawa kesan Omicron adalah lebih lemah berbanding delta. Omicron di Saudia mencatatkan jumlah kes yang jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Umrah merupakan ibadah suci, hak memilih harus di tangan jemaah. Ianya mustahak untuk pihak kerajaan harus perketatkan SOP, PCR 48 jam setiap hari di Malaysia, dan meninjau pergerakan di Malaysia.

MATTA merayu pihak berwajib agar menjalankan kajian yang lebih terperinci demi kepentingan rakyat bagi memacu ekonomi dalam industri Umrah supaya dapat membuat keputusan yang terbaik agar industri Umrah terus berkembang. Penangguhan ibadah Umrah sebelum ini telah mengakibatkan banyak agensi pelancongan terpaksa gulung tikar, pembukaan Umrah yang telah dibenarkan pada bulan Oktober membantu merancakkan semula ekonomi yang tekesan akibat penutupan sempadan.

Haji Azri menyarankan kepada pihak kerajaan untuk berbincang bersama dengan Persatuan seperti MATTA supaya tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa dan memperbaiki SOP yg sedia ada seperti memastikan jemaah mengambil dos penggalak pada masa yang sudah di tetapkan, digital tracking, sistem pengurusan yang lebih efisen di balai ketibaan KLIA tanpa menunggu lebih lama dan pengasingan warga tempatan dan warga asing yang tiba di KLIA.

Sehubungan dengan itu, MATTA menyarankan agar Menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berbincang semula dengan pihak Persatuan terutamanya MATTA supaya keputusan yang tepat dapat diambil bagi memudahkan para jemaah untuk melaksanakan umrah.

HAJI MOHD AZRI BIN ABD RAZAK
Naib Presiden Haji & Umrah
Sesi 2021 – 2023