Pemakluman Mengenai Terma Dan Syarat Baharu Bagi Permohonan Galakan Cukai

Dear Members,

Kindly be informed that MATTA received notification from the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC) on Pemakluman Mengenai Terma dan Syarat Baharu Bagi Permohonan Galakan Cukai Kepada Syarikat-Syarikat Pengendalian Pelancongan.

The notification is as follows:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berperanan dalam mengemukakan surat sokongan kepada syarikat-syarikat pengendalian pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan domestic dan asing bagi pengecualian cukai di bawah P.U. (A) 345 dan 346 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2016. Kerajaan melalui Belanjawan tahun 2018 telah mengumumkan bahawa permohonan bagi galakan cukai syarikat pengendalian pelancongan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2020 sahaja.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat bertarikh 13 April 2021 telah meluluskan pelanjutan Galakan Cukai sepertimana yang telah diumumkan dalam PEMERKASA pada 17 Mac 2021. MOF telah meluluskan cadangan Galakan Cukai ini dilanjutkan untuk tempoh dua (2) tahun lagi iaitu bagi tahun taksiran 2021 sehingga tahun taksiran 2022 dengan jumlah bilangan pelancong dikaji semula seperti berikut:-

i.    Pakej pelancongan dalam Malaysia yang direstai oleh tidak kurang daripada 200 pelancong tempatan setiap tahun; dan
ii.   Tiada bilangan minima pelancong asing bagi pakej pelancongan ke Malaysia.
Garis panduan, borang permohonan serta senarai semak bagi permohonan Galakan Cukai tersebut boleh dilayari di laman sesawang Kementerian iaitu http://www.motac.gov.my/program/tabung-insentif/galakan-cukai .

For more information and details, kindly click the link below to download the notification from MOTAC:
http://matta.org.my/downloads/68261-pemakluman-mengenai-terma-dan-syarat-baharu-bagi-permohonan-galakan-cukai

Kindly be guided on this matter.

Thank you.


JIMMY THOO
Vice President Inbound & Domestic
Term 2019 - 2021