MATTA gabung peserta industri pelancongan menerusi digital

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Penggembaraan Malaysia (MATTA) menjangkakan antara 300 dan 500 pemilik hotel akan menyertai mattab2b.com.my, platform digital pertama yang dibangunkan khusus bagi tujuan pengedaran dan tempahan untuk peserta industri pelancongan.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang, berkata selain sebagai tempat untuk memasarkan perkhidmatan dan produk secara dalam talian, platform perniagaan-kepada-perniagaan (b2b) itu juga berfungsi sebagai penyelaras inventori dan turut menyokong pelbagai subsektor berkait pelancongan demi kepentingan industri pelancongan tempatan.