KUALA LUMPUR, 10 Mac - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mensasarkan kehadiran lebih 40,000 pengunjung, dengan nilai transaksi sebanyak RM40 juta sepanjang penganjuran acara "Cuti-Cuti Malaysia by MATTA Fair".
Menurut Pengerusi Pengelola, Rocky Kho acara itu bertujuan merancakkan lagi aktiviti pelancongan dalam negara yang terkesan, berikutan wabak COVID 19.
Acara tersebut bakal berlangsung pada 4 dan 5 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur melibatkan lebih 230 pemain industri.
Beliau turut memuji inisiatif pengecualian cukai individu sebanyak RM1,000 bagi perbelanjaan pelancongan, selain e-voucher RM100 menerusi pakej rangsangan ekonomi.
Ia dilihat berupaya menggalakkan pelancongan domestik.
MATTA sebelum ini melaporkan ejen pelancongan mengalami kerugian berjumlah RM500 juta disebabkan tindakan pelanggan membatal atau menunda percutian akibat COVID-19.
Source: http://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/16354-cuti-cuti-malaysia-by-matta-fair-galakan-aktiviti-pelancongan-domestik